Thursday, September 25, 2014

Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

·       Mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. 

Melahirkan cara hidup yang bersit kebangsaan atau kemalaysiaan.


 RASIONAL

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting sesebuah Negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.

ü Dapat membentuk, mewujud dan mengekalkan identity Negara dam kalangan dunia antarabangsa.
ü Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah dan kedudukan Negara sebagai pusat pertemuan
ü Peranannya pusat pertemuan melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur.
ü Satu proses berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia terus berlandaskan unsure dan tiga prinsip.
§  Kebudayaan penduduk asal Negara
§  Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima
§  Islam menjadi unsur kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.
 

OBJEKTIF/MATLAMAT

  • ·  mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.
  • ·       memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.
  • ·       Mempertingkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang.


STRATEGI PELAKSANAAN

Ø Meningkatkan dan mengukuhkan kempimpinan budaya.
Ø Membimbing dan melatih pemimpin.
Ø Mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya.
Ø Mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Ø Meningkatkan taraf dan mutu kesenian.


 Tiga aspek utama Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

1)   Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau.


Merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan kebudayaan Melayu sejak Berzaman dan ditandai oleh kegemilangan dan keangungan tamadun elayu di Melaka dengan menggunakan bahas melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca)•Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.


2)   Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai  dan wajar diterima
 
•Sesuatu yamg dinamik sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
•Unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi pertimbangan dan Penerimaan
•Tidak wujudnya ercanggahan dengan Perlembagaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Kepentingan Nasional, Asas Moral, Kerohanian dan sebagainya.
 
3)   Islam Menjadi Unsur Pembentukan  Kebudayaan Kebangsaan.
  •     Agama islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam kedudukan sebagai agama rasmi negara.


PENUTUP
·       Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza .Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara di persada antarabangsa .
 

RUJUKAN
  • BUKU PENGAJIAN MALAYSIA ,EDISI KELIMA ,MARDIANA NORDIN DAN HASNAH HUSSIIN
  • BUKU KENEGARAAN MALAYSIA ,2005 ,TERBITAN FAJAR BAKTI ,OLEH RUSLAN ZAINUDDIN / MOHD.MAHADEE ISMAIL /ZAINI OTHMAN

Sunday, September 14, 2014


8.2 Perkembangan Agama Islam di Malaysia

Ø  Di Malaysia terdapat masyarakat berbilang kaum terutamanya tiga kaum terbesar iaitu Melayu , Cina dan India yang mempunyai sistem kepercayaan masing-masing .

Ø  Kepercayaan dalam masyarakat melayu biasanya dikaitkan dengan agama iaitu keprcayaan kepada tuhan dan percaya kepada perkara-perkara ghaib .

Ø  Terdapat juga masyarakat Cina dan India menganut agama islam , Hindu ,Buddha serta Kristian .

Ø  Kepercayaan kepada Tuhan  merupakan tunggak utama yang diletakkan sebagai perkara utama dalam Rukun Negara .

Ø  Aspek ketuhanan atau kepercayaan amat penting supaya manusia mempunyai pegangan ke arah kehidupan yang sempurna .

8.2.1 AGAMA ISLAM
·         Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke-13 dan kedatangan islam ke Tanah Melayu dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212 .

·         Perkembangan islam berkembang dengan kemunculan Kesultanan Melayu pada abad ke-15 dan berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti dengan rakyat Melaka memeluk agama islam yang tersebar melalui beberapa cara iaitu penyebaran melalui pedagang ,perkahwinan dan perdagangan .

·         Islam mengajar umat manusia mengenai Tuhan iaitu Allah yang Esa dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan rasul yang terakhir .Manusia dijadikan oleh Allah untuk menjadi khalifah Allah yang perlu bertakwa dan beriman hanya kepada Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah .

·         Agama Islam dipraktikan dalam amalan seharian masyarakat Melayu seperti
ü  Cara berpakaian
ü  Pergaulan
ü  Pemakanan
ü  Hubungan sesama manusia

HARI PENTING DALAM AGAMA ISLAM

BULAN RAMADHAN
·         Bulan ke-9 dalam tahun hijrah yang menuntut islam berpuasa selama sebulan .

·         Umat islam dididik mengawal nafsu seperti tidak boleh makan atau minum pada siang hari dan melakukan perkara yang membatalkan puasa .

·         Diwajibkan oleh ke atas orang islam yang bertujuan mendidik jiwa supaya sabar dan memahami kesusahan orang lain .

·         Dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar bertujuan umat islam perlu merebut pahala atau ganjaran yang diberikan oleh Allah pada malam tersebut .


BULAN SYAWAL
·         Disambut sempena meraikan kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa ,menahan nafsu daripada makan dan minum serta perbuatan-perbuatan puasa yang lain .

·         Kedatangan bulan syawal disambut dengan Hari Raya Aidilfitri di mana umat islam akan menunaikan solat Aidilfitri ,kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga ,sanak saudara dan kenalan yang lain sambil bermaaf-maafan .


MAAL HIJRAH
·         Merupakan hari yang sangat bermakna dan penting untuk diingati oleh umat islam yang merupakan satu peristiwa yang tercatat dalam kalendar islam di mana Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi .

·         Umat islam digalakkan mengambil iktibar daripada peristiwactersebut iaitu berubah daripada sifat yang tidak baik atau kurang baik kepada lebih baik untuk agama ,diri ,dan masyarakat .


MAULIDUR RASUL
·         Disambut oleh umat islam bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT .

·         Sambutan Maulidur rasul dipenuhi dengan mengadakan ceramah agama ,perarakan ,berselawat dan mengadakan majlis Maulidur Rasul bagi memperingati Nabi Muhammad SAW .


HARI RAYA HAJI
·         Merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah .

·         Umat islam melakukan solat Aidiladha dan diikuti dengan ibadah korban .

·         Hari Raya Haji merupakan perayaan penting bagi umat islam kerana hari tersebut merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah .


NUZUL AL-QURAN
·         Merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW .

·         Diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap seperti al-Quran yang ada pada hari ini .

·         Peristiwa ini berlaku semasa Nabi Muhammad berada di Gua Hira' .

·         Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi SAW kerana menjadi petunjuk kebenaran kepada semua umat manusia .





7.1.6 Keutamaan  Dasar Luar Malaysia
·         Negara Malaysia tidak bebas membuat hubungan dengan semua negara di dunia walaupun mempunyai dasar luar yang mantap .
·         Mengambil beberapa faktor seperti faktor keselamatan dan faedah pembangunan ekonomi , politik dan sosial .

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Ø  Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan dipersetujui oleh negara-negara seperti Singapura ,Thailand , Indonesia dan Filipina .
Ø  Malaysia banyak mengadakan hubungan :
ü  Perdagangan dan perindustrian
ü  Kerjasama ekonomi
ü  Kerjasama politik
ü  Kerjasama sosial dan kebudayaan
ü  Kerjasama pendidikan dan kesihatan
ü  Kepentingan sosial

Ø  ASEAN bersetuju menjadikan rantau ini bebas daripada persaingan kuasa besar dari aspek keselamatan dan mengelakkan menjadi tempat persaingan tenaga nuklear dan menerima konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) .

Ø  Negara-negara ASEAN menubuhkan jawatankuasa tetap untuk merunding usaha pembangunan ekonomi dan sosial seperti
ü  Jawatankuasa Perdagangan dan pelancongan
ü  Jawatankuasa Pengangkutan dan Telekomunikasi
ü  Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan

Ø  Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan merangkumi aspek  kebudayaan dan kesenian ,sukan serta telekomunikasi seperti Sukan SEA ,Pesta Filem ASEAN ,Pesta Kebudayaan ASEAN dan sebagainya .

Ø  Kepakaran pelajaran oleh penuntut-penuntut  dari negara anggota tersebut adalah untuk berkongsi kerjasama dalam bidang pendidikan .

Ø  ASEAN telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang diagihkan kepada beberapa buah negara ASEAN seperti
ü  RESCAM untuk melatih guru Sains dan Matematik di Pulau Pinang .
ü  RELC untuk melatih pegawai-pegawai meningkatkan prestasi penguasaan Bahasa Inggeris di Singapura .
ü  INOTEC untuk melahirkan penyelidik pertanian di Filipina .
ü  TROMPED menjalankan penyelidikan kesihatan awam di negara Thai .

Ø  ASEAN berbangga apabila berjaya hapuskan takrif ke atas 11 sektor utama yang dilaksanakan oleh enam buah negara menjelang 2007 iaitu
ü  Malaysia
ü  Indonesia
ü  Thailand
ü  Singapura
ü  Filipina
ü  Brunei

Ø  Dianggotai oleh empat buah negara lagi pada tahun 2012 iaitu
ü  Laos
ü  Kemboja
ü  Myanmar
ü  Vietnam



Thursday, September 4, 2014

LAWATAN


Muhamad Zunnur Muqri Bin Noor Salahuddin (17DHK14F1084)


LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Bertarikh 26/Ogos/2014 seramai 37 Pelajar Jurusan Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering(DHK 1 C) Politeknik Sultan Idris Shah, diiringi oleh seorang Pensyarah iaitu En.Mohd Kazar Bin Razali telah menjayakan satu lawatan ke Muzium Negara berlokasi Di Kuala Lumpur. Program ini dijalankan dibawah subjek Pengajian Malaysia dan bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan Negara Malaysia kepada setiap pelajar.Program ini Berjaya dilaksanakan diatas kerjasama dari kami semua dan dibimbing oleh Pensyarah kami .

Wujud 4 Galeri yang terdapat di Muzium Negara.Galeri pertama merupakan Galeri A yang menceritakan atau mempamerkan Sejarah Awal Pembentukan Malaysia.Seterusnya,Galeri B merupakan Galeri yang menceritakan Kerajaan-Kerajaan Melayu.Selain itu,Galeri C pula mempamerkan Era Kolonial.Akhir sekali,Galeri D menerangkan mengenai Malaysia Kini.


GALERI A (SEJARAH AWAL)

Rajah 1.1 : Plan Peta Galeri A

Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.

Rajah 1.2 : Manusia Perak

Rajah 1.3: Lukisan Dinding

Rajah 1.4: Contoh Artifak








GALERI B(KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU)



Rajah 2.1: Plan Peta Galeri B

Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.

Rajah 2.1: Mural Hang Tuah

Rajah 2.2 :Diorama Pengislaman Raja Melaka























GALERI C (ERA KOLONIAL)

Rajah 3.1:Plan Peta Galeri C

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot, kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Rajah 3.2:Seksion Penjajahan Belanda




GALERI D (MALAYSIA KINI)

Rajah 3.3:Plan Peta Galeri D

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.
Rajah 3.4 :Pengisytiharan Kemerdekaan