8.2 Perkembangan Agama Islam di Malaysia
Ø
Di Malaysia terdapat masyarakat berbilang kaum
terutamanya tiga kaum terbesar iaitu Melayu , Cina dan India yang mempunyai
sistem kepercayaan masing-masing .
Ø
Kepercayaan dalam masyarakat melayu biasanya
dikaitkan dengan agama iaitu keprcayaan kepada tuhan dan percaya kepada
perkara-perkara ghaib .
Ø
Terdapat juga masyarakat Cina dan India menganut
agama islam , Hindu ,Buddha serta Kristian .
Ø
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan tunggak utama yang diletakkan
sebagai perkara utama dalam Rukun Negara .
Ø
Aspek ketuhanan atau kepercayaan amat penting
supaya manusia mempunyai pegangan ke arah kehidupan yang sempurna .
8.2.1 AGAMA ISLAM
·
Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad
ke-13 dan kedatangan islam ke Tanah Melayu dengan penemuan Batu Bersurat
Terengganu yang bertarikh 1212 .
·
Perkembangan islam berkembang dengan kemunculan
Kesultanan Melayu pada abad ke-15 dan berkembang maju apabila Raja Melaka dan
diikuti dengan rakyat Melaka memeluk agama islam yang tersebar melalui beberapa
cara iaitu penyebaran melalui pedagang ,perkahwinan dan perdagangan .
·
Islam mengajar umat manusia mengenai Tuhan iaitu
Allah yang Esa dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan rasul yang
terakhir .Manusia dijadikan oleh Allah untuk menjadi khalifah Allah yang perlu
bertakwa dan beriman hanya kepada Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah .
·
Agama Islam dipraktikan dalam amalan seharian
masyarakat Melayu seperti
ü
Cara berpakaian
ü
Pergaulan
ü
Pemakanan
ü
Hubungan sesama manusia
HARI PENTING DALAM AGAMA ISLAM
BULAN RAMADHAN
·
Bulan ke-9 dalam tahun hijrah yang menuntut
islam berpuasa selama sebulan .
·
Umat islam dididik mengawal nafsu seperti tidak
boleh makan atau minum pada siang hari dan melakukan perkara yang membatalkan
puasa .
·
Diwajibkan oleh ke atas orang islam yang
bertujuan mendidik jiwa supaya sabar dan memahami kesusahan orang lain .
·
Dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang
dinamakan Lailatul Qadar bertujuan umat islam perlu merebut pahala atau
ganjaran yang diberikan oleh Allah pada malam tersebut .
BULAN SYAWAL
·
Disambut sempena meraikan kemenangan umat islam
setelah sebulan berpuasa ,menahan nafsu daripada makan dan minum serta
perbuatan-perbuatan puasa yang lain .
·
Kedatangan bulan syawal disambut dengan Hari
Raya Aidilfitri di mana umat islam akan menunaikan solat Aidilfitri
,kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga ,sanak saudara dan kenalan yang lain
sambil bermaaf-maafan .
MAAL HIJRAH
·
Merupakan hari yang sangat bermakna dan penting
untuk diingati oleh umat islam yang merupakan satu peristiwa yang tercatat
dalam kalendar islam di mana Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke
Kota Madinah pada tahun 622 Masihi .
·
Umat islam digalakkan mengambil iktibar daripada
peristiwactersebut iaitu berubah daripada sifat yang tidak baik atau kurang baik
kepada lebih baik untuk agama ,diri ,dan masyarakat .
MAULIDUR RASUL
·
Disambut oleh umat islam bagi memperingati
kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT .
·
Sambutan Maulidur rasul dipenuhi dengan
mengadakan ceramah agama ,perarakan ,berselawat dan mengadakan majlis Maulidur
Rasul bagi memperingati Nabi Muhammad SAW .
HARI RAYA HAJI
·
Merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat
islam di seluruh dunia pada 10 Zulhijjah .
·
Umat islam melakukan solat Aidiladha dan diikuti
dengan ibadah korban .
·
Hari Raya Haji merupakan perayaan penting bagi
umat islam kerana hari tersebut merupakan hari untuk umat islam memperingati
kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah .
NUZUL AL-QURAN
·
Merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang
pertama kepada Nabi Muhammad SAW .
·
Diturunkan secara berperingkat-peringkat
sehingga lengkap seperti al-Quran yang ada pada hari ini .
·
Peristiwa ini berlaku semasa Nabi Muhammad
berada di Gua Hira' .
·
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi SAW
kerana menjadi petunjuk kebenaran kepada semua umat manusia .