LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
DISEDIAKAN
OLEH : NUR EZZA ADILAH BINTI ABDUL KARIM (17DHK14F1071)
Pada minggu yang lepas bertarikh 26 Ogos 2014 , pelajar
DHK1C seramai 37orang daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti ,Politeknik
Sultan Idris Shah telah membuat satu lawatan ke Muzium Negara , Kuala Lumpur
.Kami diberi tugasan daripada pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Encik Mohd
Kazar Bin Razali untuk mengetahui tentang pembentukan malaysia dahulu hinngga
kini .
Pada jam 6.30pagi ,semua pelajar berkumpul di hadapan Anjung
Pesona ,Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti .Sebelum bertolak kami diberi
sedikit taklimat oleh En. Kazar Bin Razali tentang tugasan yang diberikan
kepada kami dan bacaan doa yang diwakili oleh AJK Kerohanian .Seterusnya kami
disediakan makanan oleh AJK Makanan dan tepat jam 7pagi kami bertolak pergi
dari perkarangan Politeknik dengan menaiki bas .Setibanya kami disana tepat jam
10pagi ,kami disambut oleh Pegawai yang
bertugas iaitu En.Badrol Hisyam bin Abdul Rahman serta Cik Fadhliatun bin Azmi
.
En.Badrol Hisyam telah mengambil masa 1jam 30minit membawa
kami melawat sekitar muzium negara tersebut .Terdapat empat galeri iaitu Galeri
A (Sejarah awal tamadun) ,Galeri B (Kerajaan-kerajaan melayu) ,Galeri C (Era
Kolonial) dan Galeri D (Malaysia kini) .
GALERI A memaparkan pembentukan muka bumi dan asal usul
masyarakat awal di Malaysia .Terdapat pembentukan masyarakat awal di Malaysia
iaitu Zaman Paleolitik ,Epi-Paleolitik ,Zaman Neolitik dan Zaman Logam .
GALERI B mempamerkan bukti-bukti sejarah mengenai kemunculan
kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khususnya di Tanah Melayu dan
Borneo .Kerajaan-kerajaan melayu awal
Tanah Melayu wujud sebelum abad ke-14 terdapat 2 kerajaan iaitu Langkasuka
dan kataha (kedah tua)
GALERI C terdapat
replika pintu gerbang kacapuri Kota Kuala Kedah dan kapal korek yang menyerupai
bentuk sebuah kilang yang terapung .
GALERI D - Pendidikan awal masyarakat melayu sebelum merdeka
bertempat di rumah mereka sendiri atau di rumah Tok Guru yang dipanggil sekolah
pondok .Terdapat juga barangan ketika darurat pada 1948-1960 .Kemudian laungan
keramat merdeka ! merdeka ! merdeka ! pada tanggal 31 0g0s 1957 menjadi detik
bersejarah bagi warga tanah melayu setelah berjuang mendapat kebebasan .
Pada jam 12 tengahari kami disediakan makanan oleh AJK
Makanan di Kafeteria Muzium Negara tersebut .Selepas itu kami diberi sedikit
masa untuk melawat tempat-tempat di sekitar muzium .Pada jam 1.30petang kami
bertolak pulang ke Politeknik .Maka tamatlah program tersebut .Kami berharap
dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan yang lebih terperinci .Sekian .