Pada
26 Ogos 2014 bersamaan hari Selasa, kami (DHK1C) telah mengadakan satu lawatan
sambil belajar yang ringkas ke Muzium Negara. Kami seramai 37 orang mahasiswa/mahasiswi
dan seorang pensyarah iaitu En. Kazar. Kami telah berkumpul di Anjung Persona
pada jam 6.30 pagi. Kami semua telah diberi sedikit taklimat mengenai program
lawatan ini, dan bertolak ke destinasi pada jam 7 pagi.
Pada
jam 10 pagi kami tiba di Muzium Negara dan disambut oleh 2 orang pegawai Muzium
Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin
Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi. Sebelum kami melawati galeri yang
terdapat di dalam Muzium Negara, kami telah diberi sedikit penerangan ringkas
mngenai galeri yang terdapat di dalam Muzium Negara. Terdapat 4 galeri yang
didapati di dalam muzium tersebut iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan akhir
sekali Galeri D.
Kami
meneruskan program ini dengan melawat galeri A iaitu Sejarah Awal/Tamadun
Manusia. Di sini kami telah mempelajari tentang evolusi pembentukan muka bumi
dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman
Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi
Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain
yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik,
barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta
manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan.
Koleksi
lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang
bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh,
Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap
yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang
merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut
dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial
masyarakat lampau.
Diteruskan
dengan Galeri B pula iaitu Kerajaan Awal Tanah Melayu. Galeri ini mempamerkan
bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan
kerajaan-kerajaan Melayu dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu
yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.Kemunculan
kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang
tersusun dan sistematik yang disertai dengan pencapaian dalam bidang
sosio-ekonomi terutama perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam
ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan kaum Melayu.
Melaka
bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur
bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara
serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi
ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.
Galeri
C pula ialah tentang Penjajahan Tanah Melayu. Galeri ini memaparkan sejarah
negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah
cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas
Melaka. Kuasa-kuasa asing silih berganti bermula dari Belanda hingga penguasaan
British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan
kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan
rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan
mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan
tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18.
Galeri
yang terakhir ialah Galeri D iaitu Malaysia Kini. Galeri ini menyingkap sejarah
gerakan nasionalisme oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National
Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan
sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai
kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang
bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada
16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu politik yang
kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik
yang berteraskan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi
berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan.
Acara
ini diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada 2 orang pegawai yang telah
memberi pendedahan kepada kami mengenai Sejarah Awal, Kerajaan Awal Tanah
Melayu, Penjajahan Tanah Melayu dan akhir sekali Malaysia Kini.
Pada
jam 12 tengahari, kami semua pergi ke kafeteria Muzium untuk makan tengahari yang
disediakan oleh AJK Makanan dan berehat seketika. Pada jam 1 tengahari, kami
semua pergi melawat tempat di sekitar muzium sekitar Muzium iaitu Muzium
Ethonologi Dunia.
Setelah
semua acara selesai, kami mengambil gambar di hadapan Muzium Negara untuk
dijadikan sebagai kenangan. Tepat pada jam 2 petang, kami menaiki bas untuk
pulang ke politeknik.
good
ReplyDelete