Sunday, August 31, 2014

JURNAL


Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negara
Disediakan Oleh : Amiera Nadzreen Binti Abdul Wahid  (17DHK14F1089)

Tarikh : 26 Ogos 2014
Pelajar Sasaran : DHK1C
Tempat Lawatan : Muzium Negara, Kuala Lumpur

Lawatan ini diadakan bagi mengetahui lebih mendalam tentang sejarah Tanah Melayu  yang sekian lama dijajah oleh Negara luar dan kini Malaysia telah mengharungi cabaran dan liku-liku dalam pembentukan Negara yang semakin maju.  Muzium Negara ini terbahagi kepada 4 galeri iaitu Galeri A (Sejarah Awal), Galeri B (Kerajaan – Kerajaan Melayu), Galeri C (Era Kolonial) dan Galeri D (Malyasia Kini).  Setiap galeri ini menceritakan sejarahnya tersendiri.  Di sini, dapat saya rungkapkan sedikit tentang sejarah di galeri tersebut yang dibantu oleh pemandu arah muzium iaitu Encik Badrol Hisham Bin Abdul Rahman dan pembantunya Puan Fadhliatul Binti Azmi.


GALERI (A) – SEJARAH AWAL
Menunjukkan perkembangan pembentukan muka bumi dan asal usul masayrakat awal di Malaysia. -Titik permulaan masyarakat awal di Malaysia ialah pada Zaman Paleolitik, Epi-Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Zaman Logam bermula sekitar 3600-2500 tahun sehingga awal masihi. Zaman itu terbahagi kepada 2 zaman iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Kedua-dua zaman ini menggunakan teknologi baru dalam penghasilan artifak. Setelah tamat zaman tersebut, maka bermulalah Sejarah Proto.

                                              
                                                  

GALERI (B) – KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Galeri ini memaparkan kewujudan Kerajaan – Kerajaan Melayu di Tanah Melayu dan Borneo. Kemauncak kegemilangan berlaku pada abad-15 dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka. Selepas pembentukan Kerajaan Melaka, ia telah menjadi asas pembentukan negeri-negeri lain yang dapat dilihat pada hari ini. Kerajaan tersebut menjalankan aktiviti pusat perdagangan dengan India, China, Asia Barat dan kerajaan – kerajaan lain di kepualauan Melayu. Antara yang diperdagangkan ialah bahan galian seperti emas dan bijih timah, ubat-ubatan dan minyak wangi. Selain tiu, kapal karam telah dijumpai di Selat Melaka dan Laut China Selatan yang membuktikan pada zaman itu pernah jadi laluan utama untuk aktiviti dagangan.

                                      
                                                  


GALERI (C) – ERA KOLONIAL
Galeri ini menyingkap sejarah tentang penguasaan dan pentadbiran kuasa-kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun serta kesannya terhadap keadaan politik, social dan ekonomi Negara. Meja Pangkor adalah antara koleksi utama bagi gaeri ini yang melakarkan sejarah termiterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Koleksi yang diperagakan merangkum model kapal korek dan lanca iaitu pengangkutan yangpopular pada suatu ketika dahulu sertaa peralatan senjata Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
                                         

GALERI (D) – MALAYSIA KINI
Galeri ini membawa kita menelurusi liku-liku pahit manis yang dilalui oleh rakyat dalam meniti perjuangan kea rah kemerdekaan dan pembentukan bangsa. Ia memaparkan proses transformasi serta pemabangunan yang dikecapi seajak kemerdekaan Negara pada tahun 1957, diikuti dengan penubuhan Malaysia yang berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan adat, budaya dan kepercayaan masing-masing dan dan hidup dalam suasana aman dan damai. Antara dokumen penting yang turut dipamerkan ialah Salinan asal wartikah pengisytiharaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Ketua Negara Malaysia.

                                   
                                                   
PENUTUP
Dengan kesempatan ini, dapat saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung bagi memeriahkan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Negara ini. Dengan adanya program ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang Malaysia pada masa kini. Akhir kata, saya bangga menjadi anak Malaysia yang kini semakin maju demi masa depan anak bangsa tercinta.

No comments:

Post a Comment