Sunday, August 10, 2014


PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
-Fakta sejarah dan perkembangan sosiopolitik,orang Melayu dan orang  Asli merupakan penduduk asal bagi negara.
-Dikenali sebagai masyarakat peribumi atau Bumiputera.
-Petempatan orang Melayu di negara ini telah diakui sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu.
-Akibat perkembangan ketamadunan manusia,dunia Melayu mula dikunjungi dan menerima penghijrahan masyarakat asing.
-Terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini.

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA
-Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu iaitu Melayu,Cina dan India.
-Sebelum penemuan  tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848.
-Majoriti penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
-Sebilangan kecil orang cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka,kuala Terengganu,Sungai Johor,Sungai Pahang dan kelantan.
-Sebilangan kecil orang india yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu pula terdapat Pulau Pinang dan seberang Prai.
-Pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai keTanah Melayu.
-Fenomena berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum.
-Ini bertujuan dalam sektor ekonomi.
-Abad 19 memperlihatkan penguasaan British ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas.
-Untuk menyokong kegiatann ekonomi kapitalis,British telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India.Bukan sahaja bekerja di tapak-tapak perlombongan,tetapi juga di sektor ekonomi yang lain.
-Senario didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.
-Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan.
-Penghijrahan besar-besaran telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
-Peratusan ,peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
-Jumlah penduduk mengikut kaum sebelum Perang Dunia Kedua ditunjukkan dalam jadual 5.3.
Jadual 5.3. JUMLAH PENDUDUK TANAH MELAYU MENGIKUT KAUM DARI TAHUN 1891-1931
KAUM
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
1891
231.5
163.4
20.1
3.5

418.5
1901
312.4
299.7
58.2
8.3

678.6
1911
420.8
433.2
173.7
8.3

1,037.0
1921
510.8
494.5
305.2
14.3

1,324.8
1931
593.7
711.5
380.0
27.9

1,713.1

-Pemajukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’(divide and rule) di Tanah Melayu.
-Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain,terutama dengan Bumiputera tidak digalakkan.
KAUM MELAYU
-Orang Melayu ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
-Tahun 1957,keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang.
-Sebelum era kolonial,kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu pesisir ialah perdagangan.
-Perdagangan utama adalah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu.
-Kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi dan muara sungai.
-Negeri-negeri di pantai timur Semenanjung,penduduk Tanah Melayu lebih ramai yang tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani.
-kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan.
-Penguasaan ekonomi Orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal ehwal politik tempatan.
-Buruh-buruh asing telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
-Kemasukan buruh asing beramai-ramai menggalakkan ke,munculan bandar-bandar baharu seperti Taiping,Ipoh,Port Weld,Tapah dan Kampar di Perak,Kuala Lumpur,Port Swettenham dan klang di Selangor serta seremban dan Port Dickson di Negeri sembilan.(bandar-bandar baharu ini hanya menjadi tumpuan asing)
-Kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
-Peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa.
-Peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baharu ini kekal kecil.
JADUAL 5.4 KOMPOSISI PENDUDUK BANDAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN SINGAPURA ANTARA TAHUN 1921-1947
TAHUN



1921
1931
1947
JUMLAH



921,000
1,284,000
2,054,000
                    PERATUSAN(%)
CINA

66.6
65.4
68.3
INDIA

13.8
14.8
11.4
MELAYU

16.0
15.9
17.4
LAIN-LAIN
3.6
3.9
2.9

KAUM CINA
-Sebelum kedatangan British,bilangan masyarakat cina terlalu kecil.
-kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja.
-Penghijrahan masuk masyarakat cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786.
-Kebanyakan masyarakat cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin.
-Pada peringkat awal,buruh-buruh cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong.
-Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
-menjelang tahun1870,bilangan masyarakat cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang.
-Kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur,di ampang,sungai kanching dan klang diusahakan oleh buruh-buruh cina.
-Perkembangan ini membolehkan kemunculan kawasan-kawasan petempatan baharu dengan kepadatan penduduk yang tinggi.
-Pihak British menggalakkan kemasukan Buruh cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan.Misalnya, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance.
-Tujuan Jabatan Perlindungan Orang Cina ditubuhkan adalah untuk melindungi buruh-buruh cina.
-Walaupun kemasukan Orang Cina berlaku secara besar-besaran,bilangan initidak menentu ekoran ramai yang sering keluar dan masuk.
-Bilangan Orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.
KAUM INDIA
-Kedatangan buruh india ke Tanah Melayu ketara pada abad ke-19 dan ke-20.
-Hubungan terawal bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-buddha menyebarkan agama mereka di nusantara.
-Hubungan lebih jelas kelihatan apabila pedagang-pedagang india berniaga di pelabuhan Melaka.
-Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an.
-buruh india mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.
-Tumpuan masyarakat india ialah di kawasan –kawasan utama penanaman getah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
-Kumpulan etnik penduduk india yang terbesar ialah orang tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk india di Tanah Melayu.
-Orang punjabi turut datang pada peringkat awal.
-Mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan.
-Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh india ini ialah sistem kangani.
-wujud juga sistem yang dipanggil sistem kontrak di mana seseorang pekerja itu bekerja mengikuti jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak.
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA
-Bilangan penduduk negara ini bertambah pada setiap tahun.
-Jumlah penduduk telah bertambah sebanyak 25.8% pada tahun 1970 menjadi 10.78 juta orang,iaitu daripada jumlah ini,9.15 juta orang di Semenanjung Tanah Melayu,0.645 juta orang di Sabah dan 0.976 juta di sarawak.
-Dalam tempoh 10 tahun,pada 1991 hingga 2000 selangor memperlihatkan kadar pertumbuhan yang tertinggi,iaitu 6.1% diikuti sabah 4.0%,Wilayah Persekutuan Labuan 3.6% dan  Johor 2.6%
-Dari segi taburan penduduk mengikut negeri,berdasarkan banci pada tahun 2000,selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai,iaitu 4.19 juta orang.
-neger-negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit sejak tahun 2000 hingga 2010 ialah perlis dan wilayah persekutuan Labuan.
-Berdasarkan jumlah keseluruhan,berlaku ketidakseimbangan antara penduduk bandar dengan luar bandar.
-Negeri Sarawak mempunyai taburan penduduk yang tertentu lantaran kewujudan pelbagai suku kaum dengan identiti yang tersendiri.
-Daripada keseluruhan penduduk,kira-kira 70% penduduk Sarawak merupakan kaum Bumiputera.
-Bagi negeri sabah pula,kumpulan utama ialah kaum kadazan-dusun,Murut dan Bajau.
-Mengikut banci tahun 2000,kaum kadazan-dusun meliputi 18.4% daripada jumlah penduduk sabah.
-Banci 2010,suku kaum kadazan-dusun kekal menjadi kumpulan terbesar,iaitu sejumlah 24.5% daripada penduduk sabah.


RUKUN NEGARA SEBAGAI SATU STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN
Kerajaan berpendapat negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan dapat dilaksanakan. 
LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA
·         Rukun Negara merupakan satu ideologi negaraa yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

·         Ideologi ini digubal semasa Negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Negara (MPN).


·         Ideologi ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 JAnuarai 1970.

OBJEKTIF RUKUN NEGARA
1.      Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti :

2.      Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat.

3.      Memelihara cara hidup demokratik.

4.      Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.

5.      Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dan penghayatan prinsip-prinsip akan membantu kepada pencapaian masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
a.          KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
·         Agama ialah cirri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan kperibadian seseorang serta sesebuah bangsa dan Negara.

·         Kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme, Confucianisme, Hinduisme, Kristian dan lain-lain.


·         Pegangan agama juga dapat membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta mengenali dosa dan pahala.

·         Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menetapkan agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan agama lain bebas diamalkan oleh rakyat bukan Islam.

b.            KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
·         Yang di-Pertuan Agong dan ketua negeri, iaitu raja/sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing. Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua Negara dan negeri masing-masing.

·         Pegangan  yang teguh kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut:

                       i.            Menghormati harta awam
                     ii.            Menghormati simbol-simbol kedaulatan Negara
                   iii.            Mematuhi undang-undang
                   iv.            Produktif
                     v.            Berusaha meningkatkan nama baik Negara melalaui aktiviti-aktiviti social, ekonomi dan politik yang diceburinya.
                   vi.            Sanggup menyumbang masa dan tenaganya untuk pembangunan masyarakat dan Negara.
                 vii.            Setia, sanggup dan berani mempertahankan Negara daripada sebarang ancama dari kuasa luar.
               viii.            Bersifat altruistic
                   ix.            Mengutamakan kebaikan masyarakat dan Negara tanpa perasaan prejudis dan perkauman

 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
·         Negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan undang-undang yang tertinggi dalam Negara.

·         Perlembagaan berfungsi sebagai memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam Negara.


·         Aspek-aspek utama dalam Negara yang perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia iaitu:

                                i.            Konsep Raja Berperlembagaan
                              ii.            Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pembangunan  sosioekonomi terjamin.
                            iii.            Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di samping perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang.
                            iv.            Agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan beragama diamalkan.
                              v.            Hak asasi rakyat terjamin.
                            vi.            Hak kerakyatan terjamin.
                          vii.            Hak kerakyatan dan sistem pemerintahan

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk ke atasnya.
Undang-undang tersebut perlu dipatuhi untuk memastikan kedaulatanya sentiasa terpelihara.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN
·         Memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila.

·         Prinsip ini juga menekankan perkembangan personality dan tingkah laku seseorang rakyat.


·         Kesopanan dan kesusilaan berkaitan dengan tutur kata seseorang dan prinsip ini dapat menjamin hubungan baiks sesama kaum terus kekal.

·         Pembantukan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsip kelima ini.


RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969kempen
*Berlaku pada 13 Mei 1969,antara Kaum Melayu dan Cina.

*Berlaku selepas Pilihan Raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakkan Rakyat(DAP) dan gerakan mendapat kemenangan.

*Walaupon Parti PERIKATAN boleh membina kerajaan,namun kemenangan mereka merosot.

*Peristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian,diteruskan dan menjadi hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu perkauman dan peribadi individu tertentu.

*DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11dan 12 Mei 1969 sebahagiannya adalah tanpa izin daripada pihak polis.

*Merupakan kesinambungan daripada peristiwa perarakan jenazah yang dilakukan oleh PARTI BURUH pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda cina yang terbunuh dalam pentempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.
*UMNO tercabar kemudian turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya.

*Diketuai oleh Datuk Harun Idris,Menteri Besar Selangor ketika itu.

*Provokatif dari kedua-dua pihak telah membakar semangat setiap kaum sehinggalah membawa kepada titik hitam dalam sejarah Negara.

*Berlaku dikawasan tertentu dalam jangka masa terhad.Tercetus di kawasan KL dan sekelilingnya sahaja(Selangor)

*Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak.Pemimpin Negara telah sedar dan mula meneliti isu Perpaduan dengan lebih serius.

*Di Selangor,jumlah kematian dalam tempoh Darurat ialah seramai 127 hingga 196 orang.Angka rasmi tercedera seramai 493 orang.

*Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan seumpama ini dapat dielakkan daripada dielakkan daripada berulang.

*Tindakan yang diambil Akibat Peristiwa 13 Mei 1969
-Pengisytiharan darurat.
-Pembentukan MAGERAN pada 17 Mei 1969.
-Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara (MMN)
-Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 29Jan 1970.




















PENDEKATAN MENANGANI CABARAN PENBINAAN NEGARA BANGSA.
MEMBERI GALAKAN KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN YANG LAIN.

*Menempatkan penduduk berbilang kaum di satu-satu kawasan yang boleh menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap .

*Penyatuan perkhidmatan Awam antara semua negeri di Malaysia.

*Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.

*Keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan keselamatan wilayah lain.





 

2 comments:

  1. Haii.. boleh kah saya tanya beberapa soalan mengenai jumlah penduduk di tanah melayu mengiku kaum tu. ? Tahun 1921 penduduk kaum melayu dikatakan 49% macam saudara /i kira ya??. Mohon pencerahan.. tq

    ReplyDelete