Sunday, August 10, 2014


 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN



Pengenalan
Ø  Seorang pakar antropologi yang bernama  J.S Furnival menghuraikan pandangan beliau bahawa masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.
Ø  Campuran dalam erti kata lain ialah bergaul, tetapi tidak bercantum.
Ø  Contohnya, kumpulan yang mengamalkan agama, adat, kebudayaan, Bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri.
Ø  Walaubagaimanapun, konsep masyarakat majmuk oleh Furnivsl tidak lagi sesuai dengan Negara ini disebabkan pencantuman, pergaulan dan hidup kesatuan masyarakat hari ini.
Konsep – konsep dalam Hubungan Kaum Dan Etnik
Ø  Takrif Etnik dan Kaum
ü  Etnik didefinasikan sebagai satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam, Bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.
ü  Kumpulan etnik juga merujuk kepada kaum yang wujud di Negara ini seperti Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam. Sarawak dan Sabah pula teridiri daripada Melanau, Iban, Dayak, Dusun, Kadazan dan seabagainya.
ü  Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan, ekonomi, cara berpakaian, pola keluarga, orientasi politik dan juga pandangan berbeza.

Jadual Kaum / Etnik Utama di Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah
Melayu
Iban
Kadazan
Cina
Melanau
Bajau
India
Bidayuh
Murut
Sikh
Orang Ulu
Dusun
Thai
Bisaya

Orang Asli
Melayu








Tahap Hubungan Etnik Di Malaysia













5.3 ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
       I.            Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik .
    II.            Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti
5.3.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
·         Menurut Perkara 3 perlembagaan persekutuan agama islam merupakan agama persekutuan .
·         Kepelbagaian agama dan kepercayaan tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat .

KAUM MELAYU
Ø  Penduduk terawal di Tanah Melayu adalah orang melayu .
Ø  Amalan tidak terjejas walaupun berlaku kemasukan buruh-buruh cina dan india .
Ø  Agama islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke14 dan ke15 .
Ø  Kesultanan melayu melaka terkenal sebagai pusat pemerintahan bagi memastikan penyebaran dan pengukuhan agama islam .
Ø  Agama islam berkonsepkan kepercayaan kepada tuhan yang satu .
Ø  Dalam agama islam ,Al-Qur'an dijadikan sebagai asas / sumber hukum yang utama daripada amalan Nabi Muhammad S.A.W seperti hadis .
Ø  Asas utama ialah Rukun Iman dan Rukun Islam .
Ø  Islam agama paling meluas dianuti di Malaysia dengan peningkatan 58.6% pada tahun 1991 kepada 60.4% pada tahun 2000 dan meningkat di tahun 2010 pada kadar 61.3% .
Ø  Islam bermatlamat :
ü  Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata .
ü  Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik.
ü  Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ,melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup .
Ø  Manusia dicipta bertujuan menghambakan diri kepada Allah dan beribadat kepada-Nya yang telah menciptakan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .
Ø  Islam menuntut hubungan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit ,bahasa ,tempat dan agama .
Ø  Manusia perlu menghormati alam kerana manusia merupakan mahkluk yang diamanahkan oleh Allah  dan manusia merupakan pentadbir alam (khalifah) ,tetapi perlu memelihara daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan .
KAUM CINA
Ø  Masyarakat cina datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara dan menyumbangkan kepada pembentukan masyarakat majmuk .
Ø  Membawa bersama agama dan kepercayaan yang dianuti ke negara ini dan kekal mengamalkannya tanpa halangan dan sekatan .
Ø  Amalan kaum cina ialah Taoisme iaitu merupakan sistem falsafah dan keagamaan cina .
Ø  Telah memperkaya ajaran Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama buddha dengan memberikan inspirasi ,semangat dan panduan akhlak .
Ø  Taoisme berasal daripada perkataan Toa yang bermaksud 'Jalan' (The Way) .
Ø  Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa ,kedamaian fikiran dan keharmonian emosi .
Ø  Dua orang ahli falsafah yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu .
Ø  Agama Tao diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai Tien Shih (The Heavenly Teacher) kepada pengikutnya .Ajaran ini dibahagi kepada dua iaitu :
·         Cult of Immortality - Mencari kehidupan abadi menerusi meditasi ,latihan pernafasan ,gimnastik ,mandi ,seni seksual dan perubatan .
·         Way of the Heavenly Teacher - Dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih .
Ø  Gerakan ini dipinjam daripada ajaran Buddha seperti kepercayaan triniti terhadap Three Pure Ones serta kepercayaan kepada syurga dan neraka .Terbahagi dua kumpulan utama :
a)      Kumpulan Selatan (True Unity)
b)      Kumpulan Utara (Complete Unity)
Ø  Taoisme  pernah menjadi agama rasmi negara China pada abad ke-7 hingga abad ke-10 ketika pemerintahan kerajaan Dinasti Tang (618-906M)
Ø  Anutan yang popular dalam kalangan masyarakat cina ialah fahaman Confucianisme yang diasaskan oleh Kung Fu Tze (Confucius) .
Ø  Confucius mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkahlaku seperti :
§  Kasih sayang
§  Keamanan
§  Keharmonian
§  Kemanusiaan
§  Kebijaksanaan
§  Keberanian
§  Kesetiaan
a)      Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme
ü  Kasih sayang sesama kerabat (hsiao) ,ukhuwah (ti) ,ketaatan kepada ibu bapa dan abang dititikberatkan .
ü  Menekankan kepatuhan kepada orang berkedudukan lebih tinggi dalam keluarga dan masyarakat .
ü  Membiasakan diri dengan susunan berdasarkan status dan tanggungjawab kepada keluarga .
b)      Ketaatan anak
ü  Menekan kepada konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga terutama nenek moyang yang meninggal dunia .
ü  Kebaikan dan keburukan seseorang merujuk perbuatan atau gambaran terhadap keluarganya .
c)       Konsep Yin dan Yang
ü  Merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif dikenali sebagai Yang .
ü  Gabungan YinYang membawa keamanan dan keharmonian .
ü  Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari ,bumi dan kering iaitu tanda melambangkan kepintaran,kekuatan dan kepimpinan .
ü  Yin melambangkan kuasa negatif alam seperti sejuk ,bulan dan lautan yang membawa maksud lemah ,gelap dan pasif .
d)     Jen
ü  Bermatlamat membentuk individu bermoral tinggi dan sempurna yang menganggap manusia mempunyai sifat baik semulajadi .
e)      Chun Zhi
ü  Bermaksud manusia yang benar ,sempurna dan terbaik .
f)       Konsep Li
ü  Li bermaksud kesopanan ,budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara (rites) .
ü  Mewujudkan sebuah negara yang stabil dan pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini dan konsep Jen .
g)      Nilai Te
ü  Te bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat unuk menjadi anggota masyarakat .
ü  Masyarakat yang baik datangnya dari pemimpin yang mengabdikan diri secara jujur dan memiliki watak dan kelakuan yang baik .
KAUM INDIA
Ø  Membawa bersama amalan agama dan budaya yang diamalkan di negara asal ke Tanah Melayu .
Ø  Pengamalan terhadap budaya asal masih tebal setelah mempelajari nilai-nilai dan budaya tempatan .
Ø  Paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama hindu yang sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya .
Ø  Sebagai balasan dai tuhan-tuhannya ialah menjauhkan mereka daripada penyakit dan bencana ,memanjangkan usia dan membantu menewaskan musuh .
Ø  Ciri-ciri agama hindu :
1)      Kepercayaan kepada dewa-dewa
ü  Antara dewa ialah Brahma (Dewa Pencipta) , Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pembinasa) .
ü  Terdapat dewa-dewa lain seperti Indra (Dewa Perang dan Cuaca) ,Surya (Dewa Matahari) ,Agni (Dewa Api) ,Varuna (Dewa Langit) dan Lakshmi (Dewa Kekayaan)
ü  Menyembah alam semulajadi iaitu matahari ,bumi dan langit serta menyamai haiwan.
2)      Konsep karma dan kelahiran semula
ü  Masyarakat hindu percaya ke dalam salah satu kasta dipengaruhi kelakuan mereka semasa kehidupan terdahulu .
ü  Mempercayai konsep kelahiran semula untuk memastikan kelahiran semulanya kelak akan mulia ,baik dan berbudi .
ü  Hukum-hukum karma perlu dipatuhi  untuk memastikan kebahagiaan ,kemakmuran dan usia yang panjang .
3)      Kitab-kitab veda
ü  Menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama hindu .
ü  Mengandungi riwayat-riwayat hidup ,amalan-amalan politik ,kebudayaan ,tempat ,pakaian ,minuman dan sebagainya .
ü  Mengandungi ramalan-ramalan kedatangan seorang nabi .
ü  Terdapat empat kitab veda iaitu :
·         Atharva
·         Brahmanas
·         Aranyakas
·         Upanisads
MASYARAKAT SARAWAK
Ø Mempunyai lebih kurang 28kumpulan etnik peribumi dan majoriti meliputi orang iban (Dayak Laut) ,orang melayu dan orang melanau .
Ø  Orang iban tidak mempunyai agama dan masih berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan kini .
Ø  Sebahagian besar masyarakat iban beragama kristian selepas kedatangan kuasa-kuasa besar .
Ø  Orang iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional misalnya upacara 'miring' iaitu jampi serapah atas tujuan menolak bala dan pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka .
Ø  Mereka yang beragama islam berpegang kepada tuhan yang satu tetapi berpegang kepada pantang larang orang dahulu seperti
·         Anak gadis tidak boleh bernyanyi di dapur kerana bimbang bersuamikan orang tua .
·         Wanita mengandung dilarang keluar rumah kerana bimbang anak yang dikandung akan hilang diambil makhluk-makhluk ghaib .
Ø  Bagi masyarakat melanau asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai agama) . Ekoran pemerintahan sultan brunei dan keluarga Brooke ,ramai yang beralih kepada agama islam dan kristian .
Ø  Masyarakat melanau mempunyai kepercayaan kuasa ghaib dan kuasa luar biasa sebelum memeluk islam dan kristian .
Ø  Makhluk-makhluk halus dikenali sebagai 'jin' ,'ipok' ,'amow' ,'tow' dan 'during' dan sekiranya makhluk tersebut marah atau mengamuk hendaklah memujuknya menggunakan khidmat bomoh atau dukun .
MASYARAKAT SABAH
Ø  Mempunyai lebih 32 suku kaum .
Ø  Masyarakat kadazan-dusun ialah masyarakat yang asalnya berpegang kepada kepercayaan animisme .
Ø  Masyarakat kadazan-dusun percaya syurga dan neraka tetapi orang pagan percaya jika sesiapa yang mati ,rohnya dibawa pergi ke Gunung Kinabalu .
Ø  Mereka juga percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi dan mimpi buruk mempengaruhi keputusan kehidupan mereka .
Ø  Mempunyai upacara 'keamatan' (pesta menuai) iaitu meraikan kesyukuran mendapat hasil tuai yang banyak dan berterima kasih .
Ø  Bagi masyarakat bajau ,hampir semua kalangan mereka beragama islam dan mengamalkan upacara-upacara agama seperti berkhatan ,akad nikah ,khatam al-Quran dan lain-lain .
Ø  Mempercayai 'jin' iaitu sejenis makhluk mempunyai kuasa luar biasa dan mempercayai 'tulah' iaitu malapetaka apabila melanggar peraturan .
Ø  Kajian pada tahun 1950-an hampir 75% masyarakat bajau memeluk islam .

5.4 KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM
       I.            Merangkumi cara bertindak ,berkelakuan dan berfikir hasil kegiatan dan penciptaan berupa kebendaan dan kerohanian sesuatu masyarakat .
    II.            Diwarisi turun-temurun dan sejak zaman kolonial terdiri daripada pelbagai kaum yang memiliki kebudayaan dan adat resam yang tersendiri.
 III.            Kerajaan melaksanakan berbagai-bagai dasar dan program bagi memastikan wujud perpaduan antara kaum dan amalan-amalan budaya bersifat nasional mula dipraktikkan .
KAUM MELAYU
Ø  Dituturkan dalam Bahasa Melayu dan pernah melalui beberapa peringkat iaitu Bahasa Kuno ,Bahasa Melayu Klasik dan kini dikenali sebagai Bahasa Melayu Moden .
Ø  Tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang arab sejak zaman Kesultanan Melayu sebelum kedatangan barat .
Ø  Mempunyai dua adat iaitu :
·         Adat Perpatih
ü  Diamalkan oleh masyarakat melayu negeri sembilan .
ü  Menekankan konsep demokrasi dan muafakat .
ü  Raja bukan berkuasa mutlak .
ü  Perwarisan harta  pusaka diutamakan kepada anak perempuan  dan aspek kepimpinan tetap dipegang oleh kaum lelaki .
·         Adat Temenggung
ü  Menjadi amalan melayu seluruh semenanjung kecuali negeri sembilan .
ü  Menekankan pemerintahan raja mutlak .
ü  Pembahagian harta pusaka banyak mengikut hukum syarak .
JADUAL 5.11 ANTARA KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
KLASIFIKASI
JENIS-JENIS
HURAIAN




PERAYAAN-PERAYAAN KEAGAMAAN
AIDILFITRI
Diraikan setahun sekali dalam bulan syawal mengikut kalendar islam sebagai hari kemenangan dan hari kegembiraan .
AIDILADHA
-Dikenali Hari Raya Korban
-Masyarakat melayu mengorbankan binatang ternakan mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi Ibrahim a.s yang teguh kepada Allah SWT .
NUZUL AL-QURAN
Merupakan hari ke-17 dalam ramadhan sempena hari penurunan al-Quran .
MAULUD NABI
Merupakan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW .
AWAL MUHARAM
Har pertama dalam kalendar islam (Tahun Hijrah)





MUZIK / TARIAN
WAYANG KULIT
-Merupakan persembahan bayangan patung yang menggunakan bahasa Melayu-Siam Selatan .
-Popular di pantai timur yang mengandungi unsur dan pengaruh daripada Hindu-Islam .
MAKYUNG
-Drama tari berunsurkan negara Thai seperti gerakan tangan ,jari dan posisi kaki .
-Alatan muzik : Geduk dan Gedombak .
KUDA KEPANG
Mendapat pengaruh Hindu-Islam dan drama tari ini mengisahkan cerita atau emosi umum dengan muzik .
MENORA
Sejenis tari yang mengisahkan Jataka ,Buddha bercirikan negara Thai ke dalam kebudayaan Melayu .
TARIAN GAMELAN
-Popular di neger Terengganu dan Pahang .
-Berasal dari Indonesia seperti Jawa dan Bali .
-Menceritakan panji seperti Raden Galuh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati .


ADAT PERKAHWINAN
MERISIK
Proses bertanyakan dan perjanjian oleh keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan .
BERTUNANG
Persetujuan dan perjanjian antara dua pihak untuk melangsungkan akad nikah .
PELAMIN DAN BERSANDING
-Pelamin ialah tempat pengantin duduk berdampingan (bersanding) .
-Pelamin melambangkan singgahsana raja dan bersanding seumpama raja yang bersemayam .
-Dianggap raja sehari pada hari perkahwinan .

SARUNG
-Dipakai oleh wanita dan lelaki dalam bentuk kain lepas yang diikat di pinggang .
-Mempunyai tiga sifat : Kepala kain ,Badan kain dan Tepi kain .
-Bagi wanita boleh dipakai bersama baju kurung dan bagi lelaki boleh dipakai dengan baju melayu dan dijadikan kain samping .
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG
-Pakaian diraja yang masyhur di kelantan .
-Terdiri daripada tiga helai : Sehelai kain sarung songket diikat seribu pada pinggang ,Kain selendang dibelit pada dada  seperti berkemban dan Kain limar panjang yang ditenun untuk menutup bahu .
-Pakai bersama  pending ,tali pinggang dan kalung emas permata .
PAKAIAN PUTERI PERAK
-Pakaian diraja Perak bercirikan seluar Acheh .
-Baju berleher cekak musang dan seluar daripada songket .
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
-Berasal dari negeri Johor
-Dipakai oleh perempuan dan lelaki
-Bagi lelaki lebih pendek dan mempunyai tiga kocek .

BAJU KEBAYA LABUH
-Dipakai oleh wanita Melayu .
-Sesetengah cina peranakan turut memakai .
-Dibuat labuh hingga ke lutut ,berbelah di hadapan dan dipakai bersama tiga kerongsang .
BAJU RIAU/PAHANG
-Asalnya pakaian diraja Pahang dan Johor .
-Merupakan gabungan antara baju kurung cekak musang dan baju kebaya labuh dan berbelah di hadapan yang diperbuat daripada songket .


KAUM CINA
JADUAL 5.12 KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM MASYARAKAT CINA

                       AMALAN
                        huraian
KALENDAR ORANG CINA
-Bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari .
-Mengandungi 12 bulan dan dikenali dengan nama binatang-binatang tertentu .
-Nama-nama tersebut ialah tikus ,lembu jantan, harimau ,arnab,naga ,ular ,kuda,kambing, monyet, ayam ,anjing dan babi .

KEINGINAN MENDAPAT ANAK PERTAMA LELAKI
-Kerana anak lelaki akan mengekalkan nama keluarga dan orang yang akan mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal dunia .
PELAJARAN
-Pada abad ke-19 dan ke-20 anak-anak cina paling ramai bersekolah berbanding anak-anak melayu .
-Pelajaran dapat memajukan keluarga dan membantu sanak saudara .
UPACARA PENGEBUMIAN
-Sering mengadakan perarakan apabila kematian dan diiringi bunyian muzik dan menelan kos yang besar .
-Sesiapa yang menyambut hari lahir yang ke-60 menandakan orang itu layak memasuki 'persatuan keranda' dan membayar yuran bulanan supaya apabila mati akan mempunyai keranda yang baik .

JADUAL 5.13 PERAYAAN-PERAYAAN MASYARAKAT CINA
PERAYAAN
HURAIAN
TAHUN BARU CINA
-Lebih mengutamakan perjumpaan keluarga .
-Hutang-hutang dibayar dan semua akaun ditutup sebelum perayaan menjelang .
-Persediaan perayaan dibuat sejak hari ke-24 bulan ke-12 dan berlanjutan tiga minggu .
CHAP GOH MEI
-Diraikan pada hari ke-15 selepas Tahun Baru dan merupakan hari terakhir sambutan Tahun Baru .
PERAYAAN CHING MING
-Diraikan pada hari terakhir bulan kedua dalam tahun lunar dan kaum keluarga melawat kubur dan membersihkannya .
PERAYAAN HANTU LAPAR
-Diraikan pada hari ke-15 dalam bulan ketujuh .
-Popular di Pulau Pinang dan diraikan sempena ingatan
PERAYAAN KUIH BULAN
-Diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima .
-Sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara China.
-Tanglung menjadi sebahagian daripada perayaan (kegunaan pada waktu itu sebagai isyarat dari puncak bukit ke puncak bukit )

Ø  Semangat kesukuan faktor lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu sebelum campur tangan politik British .
Ø  Kewujudan kongsi gelap menyebabkan pergaduhan sering berlaku seperti
·         Ketidakseimbagan pendatang lelaki dan perempuan telah mengakibatkan kegiatan pelacuran .
·         Kegiatan penagihan candu .
Ø  Masyarakat cina (kini) berpakaian moden bercirikan barat dan masih mengekalkan pakaian tradisi ketika sambutan perayaan seperti
·         samfoo - kombinasi seluar dan blaus dan sering dipakai oleh golongan tua .
·         cheongsam - dipakai oleh golongan wanita .
Ø  Dari segi makanan asas masyarakat cina di negara ini ialah nasi dan terdiri daripada masakan Kantonis ,Hokkien dan Szechuen .
KAUM INDIA
Ø  Kebudayaan kaum ini dibawa dari tanah asal dan kini kebudayaan mereka mengalami asimilasi dengan budaya tempatan .
Ø  Masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial dan dipanggil sistem kasta .
Ø  Dibahagikan kepada empat hierarki sosial .
KASTA
HURAIAN
BRAHMIN
-Terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama dan dikatakan menyamai taraf kepala pencipta .
KSYATRIA
-Daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta .
VAISYA
-Rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan taraf disamakan dengan pencipta .
SUDRA
-Golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta .

JADUAL 5.15 PERAYAAN-PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA
PERAYAAN
HURAIAN
DEEPAVALI
-Dipanggil perayaan lampu dan diraikan dalam bulan 'kartika' yang biasanya pada bulan Oktober atau November .
-Sebagai simbol keterangan menghalau kuasa jahat (kegelapan) .
THAIPUSAM
-Perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (india selatan) dan diambil daripada bahasa tamil iaitu Thai (merujuk pada bulan Januari atau Februari dan Pusam (perayaan)
-Diraikan besar-besaran di tiga buah kuil utama iaitu
·         Kuil Sri Subramaniam di Ipoh
·         Kuil  Balathandayuthabani di Pulau Pinang
·         Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves ,Kuala Lumpur .
THAI PONGGAL
-Merupakan perayaan penuai atau petani .
-Dirayakan pada awal bulan 'Thai' dan kurang disambut di bandar dan masih diraikan oleh masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang atau estet-estet .

Ø  Pakaian tradisi wanita dan lelaki
·         Sari : sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan pada badan dan dipakai bersama sehelai blaus .
·         Dhotis : sejenis kain berwarna putih dan mengenakan vesti atau kurta iatu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan .
MASYARAKAT SARAWAK
Ø  Sejenis budaya lama yang popular dipanggil perburuan kepala (head hunting) dan lelaki akan memburu kepala untuk ditunjukkan kepada keluarga bakal mertuanya ataupun sebagai lambang kepahlawanan dan amalan ini tidak diamalkan lagi.
Ø  Masyarakat iban  mengamalkan konsep muafakat yang dipanggil 'utai basai gagamit ' (tidak ada masalah besar yang tidak boleh diatasi)
Ø  Tinggal di rumah panjang yang didiami oleh beberapa keluarga dan terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh keluarga yang biasanya keluarga asas .
Ø  Bagi orang Iban di belakang ialah tempat makan dan dapur .Makanan akan dihidang di beranda 'ruai' apabila majlis keramaian .
Ø  Mempunyai upacara-upacara khas dalam adat kematian dan melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan dengan 'tuai rumah' .
Ø  Bayi yang baru dilahirkan dimasukkan garam ke mulutnya dan dipanggil proses 'ngetup garam' dan ibunya akan melalui proses 'bekindu' ataupun berdiang di unggun api selama 41 hari dan 41 malam .
Ø  Jenis-jenis tarian mereka ialah ngajat ,bepencaha ,berkuntau ,main kerichap dan main chekak .
Ø  Masyarakat Melanau juga aktif menghasilkan kraf tangan seperti bakul, tikar ,perangkap ikan ,tudung saji disamping menghasilkan ukiran kayu dan perahu .
MASYARAKAT SABAH
Ø  Amalan tradisi masyarakat kadazan-dusun mempunyai berbagai-bagai kebudayaan dan adat resam seperti berlaku kematian ,proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat .
Ø  Wujud konsep seperti 'mihad' iaitu menangisi mayat , 'memojuk' iaitu memandikan mayat , 'menguman' iaitu menghias dan mendandan mayat , 'lobong' iaitu kubur serta 'panukup' iaitu kenduri .




 


No comments:

Post a Comment